Monday, August 9, 2010

My Starting Day.

     Hari ini merupakan hari pertama aina dan blog.. proses pembelajaran dan sesi suai kenal. terima kasih kepada mahmud yang bagi aina direction untuk create a blog. tak ada specific reason nk create blog, cuma untuk berkongsi cerita dengan sesiapa yang sudi. permulaan blog aina seiring dengan permulaan hidup baru sebagai seorang isteri.
    hidup baru aina bermula selepas mengalami kejatuhan demi kejatuhan. aina yang dulunya sangat periang diduga dengan ujian Yang Maha Esa. hidup yang selama ini dikongsi hanya dengan bonda tercinta, diragut dengan serta merta. mak kembali ke pangkuan Illahi.. sehingga kini, setiap detik bersama mak terpahat abadi.. selepas pemergiaaan mak, aina diduga lagi. abang terpaksa aina hantar ke pusat pemulihan supaya dia dapat kembali normal. mungkin ini sahaja yang dapat aina buat untuk bantu dia.ujian yang seterusnya apabila dikecam hebat oleh beberapa individu yang merupakan adik-beradik arwah mak. nama yang tak perlu untuk diingati, sekadar buat renungan dan pedoman. janganlah kita menyeksa anak-anak yatim, balasannya azab...
     perjalanan hidup tetap perlu diteruskan. aina kembali ke kuliyah. prestasi jatuh merudum teruk. biasalah, turun naik hidup seseorang. aina tetep tak mengalah. memandangkan duit peninggalan arwah mak dah hampir habis, aina siapkan rumah yang terbengkalai. sementara itu, menumpang dirumah seseorang yang dianggap keluarga.. tapi seperti biasa, hidup terus diduga.. aina dh macm cindarella. haha.. akhirnya, itulah yang lebih menguatkan hati aina untuk berkahwin..

No comments:

Post a Comment