Sunday, August 22, 2010

Kehilangan

19/8/2010.. genap setahun mak meninggalkan aku. Terasa mak masih ada di sisi. Kerinduan yang tak akan terubat.
           tak pernah terlintas dalam fikiran ku mak akan pergi dengan begini cepat. 19 tahun aku hidup hanya dengan mak. susah payah, jerit perih.. hanya kami berdua.. mak sangat tabah dan kuat. membesarkan aku dan abang seorang diri. berhujan berpanas. lali dengan segala cemuhan atok & nenek.. mak tetap teruskan perjalanan demi membesarkan aku dan abang.. mak tak pernah sakit terok. demam pun susah..mak sangat kuat. kerjayanya sebagai seorang jururawat membuatkan mak lebih bijak menjaga kesihatan..
          Sebagai seorang ibu tunggal, mak memang sangat sibuk. tapi mak tak pernah abaikan aku.. dia juga sangat garang.. lirikan dan jelingannya sudah cukup membuatkan aku faham yang dia sedang marah.. tapi aku lebih bijak menangani kemarahan mak! kemasukan aku ke asrama penuh menggembirakan mak.. tapi hatinya amat pedih. itu luahnya padaku di hari-hari terakhir mak.. hidup di asrama akan melatihku hidup sendiri dan berdikari. aku akur dengan pilihan mak..
          pilihan ku untuk meneruskan pendidikan peringkat ijazah dalam bidang undang-undang ditentang hebat oleh mak. dia mahu aku menjadi seorang doktor..tapi itu bukan minatku. mak akur pula dengan pilihanku..
           Namun.. mak mampu menemani perjalanan ku di universiti hanya sparuh jalan.. dia keletihan. lelah yang ditanggung sudah tak tergalas. mak tidak lagi mampu menemani aku. mulanya, dia menghidap TB. aku percaya mak masih kuat. aku menjaga mak tanpa keluh agar mak dapat terus menemani hidup ku.. kelihatannya mak kembali pulih.. tapi tidak sepenuhnya.. aku terus berusaha agar mak kembali sihat..

masanya telah tiba... mak telah dipanggil untuk kembali ke pangkuan Yang Maha Esa.. aku redha kini perjalanan hidup ku teruskan tanpa mak..  kasih buat mak tak mungkin berganti... AL-FATIHAH..

No comments:

Post a Comment